Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa Aceh: Harapan temui mangsa masih hidup pudar, bekalan kecemasan kekurangan

Dec 08, 2016 | 02:23 PM



MEUREUDU: Gempa susulan menggegarkan mangsa gempa bumi kuat yang mengorbankan hampir 100 orang di Indonesia, sedang pegawai merayu pada Khamis (8 Dis) bagi bantuan perubatan dan doktor untuk merawat ratusan orang yang cedera.



Gempa cetek sekuat 6.5 pada skala Richter itu melanda pada pagi Rabu dan meruntuhkan ratusan rumah, masjid dan perniagaan di wilayah Aceh, salah satu kawasan paling teruk terjejas oleh tsunami besar 2004.



Pekerja mencari dan menyelamat menggunakan peranti pengesan nyawa untuk mengesan tanda pergerakan di runtuhan, sedang harapan menemui mangsa masih terselamat kian pudar sehari selepas gempa tersebut.



Jurucakap agensi bencana kebangsaan Sutopo Purwo Nugroho berkata angka kematian ia 99, dan ia berubah-ubah apabila pihak berkuasa mengenal pasti mangsa terkorban.



Beribu-ribu anggota tentera dan kakitangan kecemasan menggunakan jengkaut untuk membersihkan runtuhan di kawasan paling teruk terjejas, dengan para sukarelawan - ada setakat menggunakan cangkul dan tangan - juga membantu.



Presiden Joko Widodo meminta semua rakyat Indonesia mendoakan rakan senegara mereka di wilayah yang dilanda bencana itu.



"Aceh tidak bersendirian," kata beliau di akaun Twitter rasminya.



Tetapi perhatian beralih pada menjaga mangsa yang cedera dan kehilangan tempat tinggal.



Tentera telah mendirikan dapur, tempat perlindungan dan hospital lapangan di Meureudu, bandar yang teruk terjejas, kata ketua tentera Aceh, Tatang Sulaiman.



"Keutamaan kami hari ini ialah memeriksa semula semua bangunan untuk memastikan tiada lagi mangsa terperangkap, dan untuk membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal," katanya.



Bagaimanapun, bekalan perubatan dan keperluan lain berkurangan, kata pegawai, dan hospital yang serba kekurangan di rantau ini tidak terlayan jumlah pesakit.



Lebih 700 orang cedera dalam gempa itu, ramai daripada mereka serius, menurut agensi bencana.



Said Mulyadi, timbalan ketua daerah Pidie Jaya yang paling teruk terjejas, berkata mereka sangat memerlukan ubat-ubatan, bekalan dan pegawai tambahan untuk merawat mangsa yang cedera.



"Kami perlu pakar bedah dan ortopedik, kerana ramai mangsa mengalami patah tulang," katanya.



Kebanyakan mangsa bermalam di luar rumah, sama ada kerana tidak dapat pulang ke rumah mereka atau takut akan gempa susulan, katanya.



Bantuan telah mula mengalir ke rantau itu, dengan tempat perlindungan kecemasan didirikan.



Tetapi lebih banyak lagi diperlukan oleh 4,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan itu, kata ketua agensi bencana tempatan, Enccik Puteh Manaf.



"Mereka benar-benar memerlukan makanan, air bersih, ubat-ubatan dan selimut," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >