SANTIAGO: Lima orang terbunuh apabila gempa bumi sekuat 8.2 pada skala Richter melanda kawasan perairan Chile dan mencetuskan tsunami, semalam.
Agensi Pemantau Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi tersebut berlaku di dasar laut kira-kira 100 kilometer dari barat laut bandar Iquique berdekatan sempadan Peru.