Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa bumi di Turki korbankan 29 orang

Jan 26, 2020 | 02:22 PM



ELAZIG, TURKI: Jumlah kematian akibat gempa bumi di timur Turki meningkat kepada 29 orang sedang pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.



Gempa berukuran 6.8 pada skala Richter itu melanda Jumaat lalu (24 Jan) dengan pusat gempa direkodkan di pekan pinggir tasik, Sivrice, dalam wilayah Elaziq, dan turut dirasai sehingga ke negara jiran.



Agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turki (AFAD) berkata 20 orang meninggal dunia di Elaziq dan Malatya, manakala hampir 1,500 orang lagi mengalami kecederaan.



Jumlah terkini itu diperoleh ketika Sivrice dilanda gempa susulan berukuran 5.1 pada skala Richter lewat semalam (Sabtu, 25 Jan).



Susulan kejadian, Presiden Recep Tayyip Erdogan membatalkan sesi ucapan di Istanbul dan menghadiri upacara pengebumian seorang wanita dan anak lelakinya di Elaziq, sebelum mengadakan lawatan ke Malatya. - AFP  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >