Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Gempa di Jawa Barat: Lebih 470 rumah rosak

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Gempa di Jawa Barat: Lebih 470 rumah rosak

Jan 24, 2018 | 04:10 PM

JAKARTA: Gempa bumi kuat yang menggegarkan Indonesia semalam, menyebabkan lebih 470 rumah rosak dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan pelajar.

Tidak ada laporan mengenai kematian, namun pemerintah berkata enam pelajar cedera parah selepas bumbung sekolah menengah mereka runtuh di Cianjur di Jawa Barat, berhampiran pusat gempa itu.

Dua pelajar lain mengalami kecederaan ringan.

Pekerja pejabat di Jakarta bergegas keluar ketika bangunan tinggi tempat mereka bekerja mula bergoyang, sementara beberapa pemandu terhumban dari motosikal.

Gempa sekuat 6.0 pada skala Richter itu melanda sekitar 1.35 petang di laut, kira-kira 130 kilometer ke barat daya Jakarta, yang mempunyai lebih 10 juta penduduk.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa itu melanda pada kedalaman 43 kilometer.

Daerah terdekat dengan pusat gempa tersebut ialah Lebak di wilayah Banten.

Penduduk di Jakarta, Bogor dan Sukabumi melaporkan mereka merasakan gegaran.

"Saya sedang duduk ketika bangunan tiba-tiba mula bergegar," kata seorang pekerja kedai serbaneka di Jakarta, Encik Suji, 35 tahun.

"Saya berlari ke luar bangunan. Ia agak kuat dan saya takut."

Di wilayah Banten dan Jawa Barat, 479 rumah rosak.

Belum ada laporan mengenai kematian, kata Dr Sutopo Purwo Nugroho daripada agensi nasional bagi pengurusan bencana, BNPB. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3