Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA

Gempa di Jepun bawa kenangan pahit tsunami 2011

Mar 15, 2021 | 05:30 AM



JEPUN: Pecahan botol-botol air minuman memenuhi kedai minuman Cik Aoi Hoshino selepas berlakunya gempa kuat pada malam sebelumnya - dilaporkan sebagai gegaran susulan daripada gempa bumi kuat yang melanda wilayah Fukushima pada 11 Mac 2011.



Gempa dengan kekuatan skala Richter 7.3 melanda Jepun pada bulan lalu telah menyebabkan banyak bangunan rosak, menyebabkan tanah runtuh di Fukushima, kawasan yang paling dekat dengan pusat gempa itu.



Lebih 150 orang cedera dan hampir satu juta rumah terputus bekalan elektrik.



Gegaran kuat, yang turut dirasakan di ibu kota Tokyo, berlaku hanya sebulan sebelum ulang tahun ke-10 tahun gempa dan tsunami 2011 yang menyebabkan kemusnahan di tiga unit nuklear loji nuklear Fukushima Dai-ichi.



Gempa yang berlaku pada 11 Mac 2011 itu sekuat 9.0 di skala Richter.



Rakyat Jepun baru sahaja mengadakan pelbagai kegiatan sempena memperingati kejadian 10 tahun lalu itu yang telah menyebabkan kira-kira 20,000 orang mati atau hilang.



Cik Hoshino, 46 tahun, menyapu gelas pecah yang hancur ke dalam beg sampah. Kedainya terletak di bandar Iwaki, kira-kira 200 kilometer ke utara Tokyo dan tidak jauh dari pusat gempa.



"Kami dilanda wabak Covid-19, dan oleh itu kami tidak sabar untuk membuka semula kedai kami, dan sekarang ini pula berlaku," katanya, merujuk kepada keadaan darurat yang diisytiharkan penguasa tempatan yang telah menyebabkan kedainya terpaksa ditutup dari Januari dan asalnya patut dibuka beberapa hari sebelum gempa melanda.



"Satu kejadian malang berlaku satu demi satu."



Menyifatkan gegaran itu sebagai susulan kepada gempa 2011, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memberi amaran gempa susulan boleh berlaku pada waktu dekat.



Cik Hoshino berkata gempa terbaru itu membawa kembali kenangan menakutkan.



"Tubuh saya segera bertindak balas, dan saya tidak dapat berhenti rasa gementar.



"Kaki saya juga gementar, tetapi saya tidak tahu sama ada lebih selamat lari atau tinggal di dalam," katanya.



Perkhidmatan kereta api laju ke sebahagian besar utara Jepun utara telah terpaksa dihentikan, lapor penyiar nasional NHK.



Perdana Menteri Yoshihide Suga berkata dalam satu sidang media bahawa tidak ada insiden yang dilaporkan bagi sebarang kerosakan loji tenaga nuklear.



JMA pula menyatakan tiada risiko berlaku satu tsunami daripada gempa terbaru itu.



Sementara itu, selepas kejadian tiga bencana (gempa, tsunami dan kemusnahan loji nuklear loji) di daerah Fukushima 10 tahun lalu, kerajaan Jepun telah membelanjakan sekitar $406 bilion untuk membangun kembali wilayah Tohoku yang dilanda teruk oleh bencana itu.



Namun kawasan di sekitar kilang Fukushima tetap diletakkan sebagai kawasan larangan kerana kebimbangan ramai terhadap tahap radiasi yang berlarutan selain ramai penduduk asal di situ telah berpindah ke tempat lain.



Gempa bumi biasa berlaku di Jepun, salah satu kawasan yang paling aktif secara seismik di dunia.



Negara itu mengalami kira-kira 20 peratus gempa bumi dunia dengan skala 6.0 atau lebih besar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >