Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa di Lombok: Angka korban kini 387, dijangka bertambah

Ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal masih tanpa air, makanan dan ubat.
Aug 11, 2018 | 09:00 PM



 



 



MATARAM, INDONESIA: Sejumlah 387 orang terbunuh akibat gempa di Lombok, dengan angka korban dijangka bertambah, kata pihak berkuasa di kawasan itu pada Sabtu (11 Ogos).



Ratusan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal pula masih tiada bekalan air,  makanan dan perubatan, hampir seminggu selepas bencana melanda.



Gempa susulan kekuatan 6.9 pada Ahad lalu meruntuhkan ribuan rumah, masjid dan pejabat di serata Lombok, seminggu selepas gempa pertama melanda pulau pelancongan itu dan membunuh 17 orang.



“Kami meramalkan angka korban terus bertambah kerana masih ada mangsa yang disyaki terperangkap dalam tanah runtuh dan di bawah runtuhan bangunan. Ada juga mangsa yang belum dirakamkan atau dilaporkan ke pondok laporan,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan Sutopo Purwo Nugroho.



Sejumlah 387,000 orang kehilangan tempat tinggal, dengan sekitar 13,000 orang cedera, kata Nugroho.



Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di utara Lombok, di mana 334 orang maut dan hampir 200,000 orang kehilangan tempat tinggal, mengikut angka rasmi.



Gempa itu juga menyebabkan lagi dua orang terbunuh di Bali - satu lagi pulau pelancongan yang terletak berhampiran Lombok.



Menurut Nugroho, tempoh respons kecemasan telah dilanjut lagi 14 hari, untuk membenarkan pihak berkuasa menangani ‘banyak masalah’ yang wujud di tempat kejadian.



 “Kebanyakan orang yang kehilangan tempat tinggal kini berteduh di khemah atau kain taurpaulin berhampiran rumah mereka yang runtuh atau di tempat teduh kecemasan. Prasarana perubatan sementara juga telah didirikan untuk merawat mangsa yang cedera.



Enam hari selepas gempa melanda, sebahagian orang yang kehilangan tempat tinggal masih belum mendapat bantuan, terutama yang tinggal di kawasan gunung-ganang di utara pulau.



“Masalah utama adalah pengagihan bekalan ke ribuan pusat tumpuan pelarian,” kata Nugroho.



“Kebanyakan jalan raya di Lombok utara rosak akibat gempa.”



Kumpulan yang terselamat dari gempa ini masih dikejutkan dengan ratusan gempa susulan, termasuk gempa sekuat 5.9 pada Khamis lalu, yang menyebabkan orang berlari keluar dari pusat pindahan kecemasan sambil menangis dan berteriakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >