TOKYO: Gempa sekuat 6.2 mata pada skala Richter di tengah Jepun mencederakan 39 orang - tujuh serius - di kawasan yang popular sebagai pusat peranginan ski. Banyak kediaman musnah selain paip saluran air terputus.
Bencana itu melanda sekitar 10 malam (waktu tempatan) kelmarin di utara Nagano Prefecture di barat laut Tokyo.