Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa di Sabah: Kebanyakan hilang warga S'pura dan M'sia

Jun 06, 2015 | 01:08 PM



KUNDASANG - Kebanyakan 17 orang yang masih hilang di Gunung Kinabalu selepas dilanda gempa bumi sekuat 6.0 magnitud merupakan warga Singapura dan Malaysia, kata pihak berkuasa di Sabah.


Ketua polis daerah Ranau, Timbalan Superintenden Farhan Lee Abdullah berkata lapan warga Singapura dan enam warga Malaysia merupakan antara yang masih hilang, lapor The Star.


Warga lain yang masih hilang adalah dari China, Filipina dan Jepun, kata beliau kepada media di ibu pejabat Kinabalu Park.


Encik Farhan berkata, warga Singapura yang hilang itu merupakan antara kumpulan dari Sekolah Rendah Tanjong Katong.


Mereka sedang berjalan di laluan Via Ferrata apabila gempa bumi berlaku di gunung tersebut sekitar 7.15 pagi.


Menurutnya, dua mayat - pemandu pelancong dan warga Singapura - telah dibawa turun dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.


Beliau menambah, 20 yang lain mengalami kecederaan, termasuk cedera di bahagian kaki dan tangan dengan seorang dikatakan dalam keadaan koma, lapor The Malay Mail Online.


Operasi mencari dan menyelamat akan dijalankan di darat dan udara melibatkan 48 anggota SMART dan jabatan bomba Malaysia.


Mereka akan mendaki sejauh 7 kilometer dari pintu masuk Timpohon di kaki bukit Gunung Kinabalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >