Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa kuat landa wilayah barat daya Pakistan

Feb 08, 2017 | 09:02 AM



ISLAMABAD: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat daya Pakistan pada awal pagi Rabu (8 Feb), menurut Pusat Pemantauan Seismik Kebangsaan negara itu.



Belum ada kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan dari kawasan terjejas.



Gegaran kuat dirasai di kawasan berbeza di wilayah barat daya Balochistan, termasuk Turbat dan kawasan pantai Pasni dan Gwadar, pada 3.03 pagi waktu tempatan.



Pusat gempa pada mulanya dikesan di kawasan sekitar 23 kilometer di barat pelabuhan nelayan Pasni, dengan kedalaman fokus 10 km, ujar pusat seismik itu.



Gempa tersebut mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk yang bergegas keluar dari rumah mereka ke tempat terbuka walaupun cuaca sangat sejuk, lapor saluran TV Urdu tempatan.



Pakistan antara kawasan paling sering dilanda gempa di dunia kerana ia terletak dalam zon perlanggaran plat tektonik India di selatan dan plat Eurasia di utara.



Pada Oktober satu gempa sekuat 7.5 pada skala Richter melanda beberapa bahagian Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 280 orang, mencederakan lebih 1,900 orang dan merosakkan 100,552 rumah dan 1,426 sekolah.



Pada Oktober 2005, gempa sekuat 7.4 menyebabkan kemusnahan besar dan membunuh lebih 80,000 orang serta menyebabkan beratus-ratus ribu hilang tempat tinggal. - Xinhua




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >