Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Gempa landa Italy lagi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Gempa landa Italy lagi

Nov 03, 2016 | 10:02 AM

WASHINGTON: Satu gempa bumi sekuat 5 skala Richter melanda kawasan tengah Italy pada pagi Khamis (3 Nov), di wilayah yang sama dilanda gempa kuat baru-baru ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ia berkata gempa yang melanda pada 1.35 pagi (8.35 waktu Singapura) itu amat cetek, hanya 10 km dalam, dan berpusat 51.5km di tenggara Perugia.

Gempa sekuat 5.5 dan 6.1 melanda kawasan itu pada 26 Oktober, diikuti gempa 6.6 pada Ahad, iaitu gegaran terbesar yang melanda Italy dalam masa 36 tahun.

Gempa sekuat 5 Richter dianggap sederhana tetapi boleh menyebabkan kerosakan besar. Kedalaman cetek akan memperkuat gegaran di permukaan. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3