Gempa landa New Zealand lagi

WELLINGTON: Gempa bumi sekuat 6.3 melanda kawasan tengah New Zealand pada Selasa (22 Nov), hanya seminggu selepas gegaran kuat berpusat di bahagian atas Pulau Selatan menggegarkan negara ini dan membunuh dua orang.

Gempa pada Selasa berpusat di luar pantai Pulau Utara, 138km dari Palmerston North pada kedalaman 37km.

Ribuan gempa susulan didaftarkan sejak gempa sekuat 7.8 melanda berhampiran Christchurch pada awal pagi 14 Nov. - Reuters