Gempa sekuat 6 landa timur Indonesia, tiada amaran tsunami

JAKARTA: Satu gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda di luar pantai timur Indonesia pada Isnin (5 Dis), lapor ahli seismologi Amerika Syarikat, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan.

Gempa dasar laut itu melanda kira-kira 190km di timur laut Maumere, sebuah destinasi percutian di Flores, pada 9.13 pagi waktu tempatan (9.13 pagi waktu Singapura), pada kedalaman 522km, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Agensi bencana Indonesia berkata para pegawai telah memeriksa untuk melihat apakah gempa itu mempunyai sembarang kesan.

Indonesia sering mengalami kegiatan seismik dan gunung berapi kerana kedudukannya di 'Lingkaran Api' Pasifik, di mana plat tektonik Bumi bertembung. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.