Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa Sulawesi: Sekurang-kurangnya 405 terkorban

Sep 29, 2018 | 04:18 PM



JAKARTA:  Jumlah kematian akibat gempa bumi sekuat   7.5  di Sulawesi Tengah yang menimbulkan tsunami melonjak kepada 405 orang pada malam Sabtu (29 September).



Agensi pengurusan bencana Indonesia (BNPB) berkata  jumlah yang cedera mencapai 540 orang dan 29 masih hilang. 



“Apabila ancaman tsunami dinaikkan  semalam, orang masih melakukan kegiatan  di pantai dan tidak segera berlari dan mereka menjadi mangsa,” kata Dr Sutopo dalam satu taklimat media  di Jakarta, lapor akhbar The Straits Times dalam talian.



Belum ada  maklumat  mengenai kematian dan kerosakan di kawasan paling teruk terjejas, iaitu daerah  Donggala, kerana komunikasi telah terputus.



Gempa bumi itu berlaku pada  6.02 petang waktu setempat, dengan pusatnya    terletak 26 kilometer  di timur laut  Donggala pada  kedalaman hanya 11 kilometer.



Gegaran itu lebih kuat daripada serangkaian gempa yang membunuh beratus-ratus orang di pulau Lombok di Indonesia pada  Julai dan Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >