SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Gempa Sulawesi: Puluhan maut, ratusan cedera

Gempa Sulawesi: Puluhan maut, ratusan cedera

Jan 16, 2021 | 5:30 AM

Gempa Sulawesi: Puluhan maut, ratusan cedera

355a1665-db99-49bc-abca-736e4c977ed8
-

JAKARTA: Puluhan pesakit dan kakitangan hospital yang terperangkap di bawah runtuhan hospital merupakan antara mangsa gempa bumi dengan kekuatan 6.2 skala Richter melanda Kepulauan Sulawesi, awal pagi semalam.

Sekurangnya-kurangnya 34 maut, manakala 24 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

"Hospital runtuh. Terdapat pesakit dan kakitangan terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan kami berusaha menyelamatkan mereka," kata Arianto dari agensi penyelamat di bandar Mamuju.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa dilaporkan berlaku pada 2.18 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa berada 36 kilometer di selatan Mamuju, ibu kota Sulawesi Barat, dan gempa itu memiliki kedalaman 18 kilometer, menurut USGS, lapor agensi berita AFP.

Mamuju menempatkan kira-kira 110,000 penduduk.

Gempa bumi itu turut menyebabkan banyak bangunan besar termasuk hotel runtuh.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg