Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa, tsunami Sulawesi: Korban capai 832 orang, boleh berjumlah ribuan

Sep 30, 2018 | 03:09 PM



PALU (Sulawesi Tengah):  Pasukan penyelamat  Indonesia berjuang pada    Ahad (30 Sep) untuk menjangkau masyarakat yang dikhuatiri  terjejas oleh  gempa bumi dan tsunami di pulau Sulawesi, dengan jumlah korban telah melebihi   400 orang dan  dijangka meningkat dengan banyak  apabila perhubungan   dengan  kawasan-kawasan terpencil dapat dipulihkan.



Seramai 832  orang telah disahkan terbunuh,  tetapi Naib Presiden Indonesia, Encik  Jusuf Kalla,  berkata angka korban  boleh mencecah ribuan.



Puluhan orang dilaporkan terperangkap di runtuhan dua hotel dan sebuah pusat beli-belah  di kota Palu, yang dilanda  tsunami setinggi enam meter   berikutan gempa sebuat  7.5 magnitud pada  Jumaat.



Seorang wanita muda ditarik dalam keadaan hidup dari reruntuhan Hotel Roa Roa, lapor   laman web berita Detik.com.



 Pemilik hotel Ko Jefry memberitahu Metro TV  pada  Sabtu bahawa hingga 60 orang dipercayai terperangkap.



Beratus-ratus orang berkumpul di pusat beli-belah itu mencari orang  tersayang.



Dengan kematian yang disahkan setakat ini  hanya dari Palu, pihak berkuasa semakin  bimbang mengenai jumlah sebenar sedang   laporan mula diterima  dari kawasan terpencil, khususnya Donggala, wilayah 300,000 penduduk  di utara Palu yang  lebih dekat dengan pusat gempa itu.



Seorang pegawai bencana berkata tsunami melintasi laut dengan kelajuan 800 kilometer sejam sebelum memukul  pantai dan korban mungkin ditimpakannya  sepanjang pantai 300 kilometer di  utara dan selatan Palu.



Pekan Donggala musnah   secara meluas, dengan rumah-rumah dihanyutkan ke laut dan    mayat  terperangkap dalam puing, menurut seorang wartawan Metro TV di tempat kejadian.



Palang Merah berkata ia tidak mendengar apa-apa dari rantau Donggala.



“Ini sangat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan. “Ini sudah merupakan satu   tragedi, tetapi ia akan menjadi lebih teruk.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >