MANILA: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh selepas dua bom dilaporkan meletup di sebuah gereja di selatan Filipina yang menjadi kubu kuat militan Islam, kata pihak tentera semalam, hanya selepas beberapa hari proses pungutan suara menuntut wilayah autonomi Islam.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Gerry Besana, memberitahu AFP, letupan pertama berlaku dalam gereja Katholik di Jolo semasa penganut Kristian sedang berkumpul pagi semalam, manakala letupan kedua berlaku ketika tentera sedang memberi respons terhadap letupan pertama.