NEW YORK: Washington menggesa masyarakat antarabangsa supaya memutuskan semua hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Korea Utara, termasuk eksport minyak China ke Pyongyang, selepas ujian peluru berpandu terbaru rejim itu berlangsung baru-baru ini.
Amerika mendesak lakukan tindakan tegas apabila perbincangan mengenai provokasi terbaru Korea Utara itu dimulakan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.