LONDON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Rex Tillerson, mengutuk insiden keganasan terhadap penduduk Islam Rohingya di Myanmar sebagai "tidak boleh diterima", sedang ribuan pelarian terus menyeberang sempadan menuju ke Bangladesh.
"Kita perlu menyokong Aung San Suu Kyi dan kepemimpinannya tetapi perlu juga menjelaskan kepada perkongsian kuasa tentera dalam pemerintah bahawa ini tidak dapat diterima sama sekali.