AS gesa Korea U dikenakan sekatan lebih tegas

NEW YORK: Amerika Syarikat mengetuai gesaan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara kerana menjalankan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Duta Amerika ke PBB, Cik Nikki Haley, berkata Washington sedang menyediakan satu draf resolusi pelaksanaan sekatan baru ke atas rejim ketua Korea Utara, Encik Kim Jong-Un, sambil menyifatkan pelancaran ICBM itu "satu kemuncak tindakan ketenteraan" yang menjadikan "dunia tempat amat bahaya".

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan