Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Gesaan bagi lebih banyak penglibatan ekonomi AS di rantau Indo-Pasifik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Gesaan bagi lebih banyak penglibatan ekonomi AS di rantau Indo-Pasifik

Dec 04, 2022 | 03:59 PM

WASHINGTON: Para pemimpin pertahanan di satu forum keselamatan semalam (3 Disember) melahirkan keluhan di atas kelengahan penglibatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) di rantau Indo-Pasifik, dan akur bahawa ia gagal menyaingi China dan berisiko melemahkan kehadiran keselamatan Amerika di Asia.

Amerika Syarikat digesa lakukan lebih banyak untuk melibatkan negara-negara Indo-Pasifik secara ekonomi dan tidak hanya menumpukan kepada kehadiran ketenteraannya sahaja di rantau ini, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Forum Pertahanan Nasional Reagan di California.

Legitimasi kehadiran Amerika di Asia mengesahkan bukan kepada keselamatan yang disediakan, tapi juga sistem sejagat yang dibangunkan yang dapat diraih semua negara, tambah Dr Ng semasa satu panel mengenai kerjasama AS dengan rakan sekutu.

"Kehadiran pihak ketenteraan AS di Asia sebagai sebuah pasukan yang menstabilkan merupakan langkah mulia, baik dan kami sokongnya.

"Kami fikir AS patut lebih banyak untuk mendampingi, seperti yang ia lakukan sebelum ini, untuk membina rangka kerja ekonomi, yang bertindak bak air pasang maka ia dapat mengangkat semua bot," tambahnya seperti yang dilaporkan akhbar The Straits Times.

Ketegangan antara AS dengan China berkaitan Taiwan, yang Beijing anggap sebagai wilayah yang terpisah untuk disatukan dengan paksa - jika perlu - telah menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan banyak ibu negeri Asia.

Kritikan bahawa AS patut menyaingi China berkaitan perdagangan dan ekonomi di rantau Indo-Pasifik semakin memuncak selepas Washington menarik diri daripada Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) pada 2017, yang kemudiannya diubah menjadi Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).

Washington kini sedang berbincang tentang Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, yang meliputi 13 negara dan sejumlah 40 peratus hasil dalam negeri kasar (GDP).

Tapi ia bukan perjanjian dagangan tradisional dan kurang akses pasaran, yang merupakan senarai teratas keinginan negara di Asia.

Dr Ng berkata kini terdapat pandangan bahawa AS menentang multilateralisme berkaitan ekonomi kerana pengundurannya daripada TPP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3