Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gesaan baru agar negara kaya pencemar bayar pampasan kepada negara membangun

Pandangan negara pulau kecil terdedah kepada kesan kenaikan paras laut kini lantang diutarakan lagi ekoran bencana banjir buruk Pakistan
Sep 27, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Bencana banjir di Pakistan mendorong gesaan baru agar negara kaya yang mencapai pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan tinggi bahan api fosil supaya membantu negara sedang membangun bagi kesan teruk disebabkan krisis iklim.



Istilah semasa bagi konsep ini ialah bayaran "kerugian dan kerosakan", tetapi sebahagian aktivis mahu ia diperluas lagi dan isu itu ditonjolkan sebagai "penebusan iklim", sebagamana aktivis keadilan kaum mendesak pampasan bagi keturunan orang-orang yang dijadikan hamba.



Lebih daripada itu, kumpulan pencinta alam juga menyeru agar hutang negara mangsa itu dihapuskan, kerana sebahagian besar bajet negara berkenaan digunakan untuk membayar hutang, bukan bagi memperbaiki usaha menangani bencana akibat perubahan iklim.



"Sudah menjadi catatan sejarah bahawa revolusi perindustian memicu kepada bertambahnya kadar pencemaran karbon dan asap.



"Malah, faktor sejarah penjajahan juga kini dikaitkan dengan tindakan mencari untung dan pengambilan sumber alam yang menjejas sekitaran dan membawa kepada berlakunya bencana," ujar seorang aktivis iklim di Belgium, Cik Meera Ghani.



"Krisis iklim yang terjadi ini membuktikan adanya kaitan dengan sistem penindasan, dan ia merupakah suatu tindakan penjajahan," ujar Cik Ghani, mantan perunding iklim bagi Pakistan.



Pandangan seperti itu sudah lama disuarakan dan pertama kali dibuat oleh negara-negara pulau kecil yang terdedah kepada masalah kenaikan paras laut - tetapi kini lantang diutarakan lagi ekoran bencana banjir buruk di Pakistan.



Hampir 1,600 orang mati, beberapa juta kehilangan tempat tinggal, dan negara yang mengalami kesulitan kewangan itu menganggarkan kerugian sekitar AS$30 bilion ($45 bilion).



Kumpulan-kumpulan yang membuat gesaan itu menyebutkan fakta bahawa kebanyakan negara yang menjadi mangsa krisis iklim tidak bertanggungjawab bagi kejadian bencana tersebut.



Pakistan, contohnya, mengeluarkan kurang 1 peratus asap pencemaran, berbanding negara G20, yang mengeluarkan 80 peratus.



Respon iklim antarabangsa baru-baru ini lebih berkisar pada pendekatan dua hala: 'Mengurangkan', iaitu meminta dikurangi pengeluaran gas haba - dan 'Penyesuaian', yang bermakna mengambil langkah-langkah mengubah sistem serta memperbaiki prasarana bagi membawa perubahan yang sudah tidak boleh dilakukan lagi.



Seruan bagi pembayaran "kerugian dan kerosakan" diperluas lagi kepada mendapatkan ganti rugi bagi kesan lebih buruk yang dideritai negara-negara tidak berdaya itu.



Beberapa negara maju telah bersetuju untuk menyalurkan AS$100 bilion kepada negara miskin menjelang 2020 - janji yang tidak dikotakan. Malah, janji untuk memberi dana bantuan itu diberi dalam bentuk pinjaman.



"Jika titik mula kita ialah negara kaya di utara bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas muka bumi kita hari ini, mengapa negara-negara miskin yang menyumbang sedikit kepada pelepasan GHG (gas rumah hijau) meminta bantuan - kebanyakannya dalam bentuk hutang - dengan syarat bayaran balik yang membebankan," kata Dr Maira Hayat, penolong profesor alam sekitar di Universiti Notre Dame di Indiana, Amerika Syarikat.



Tidak semua setuju dengan hujah itu.



Dr Daanish Mustafa, profesor geografi kritikal di King's College London, juga menyalahkan negara-negara utara, tetapi beliau bimbang bahawa mendesak hujah itu mungkin memaafkan tindakan kepimpinan dan pilihan dasar Pakistan yang memburukkan lagi bencana ini dan yang lain. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >