BEIRUT/GENEVA: Tentera pemerintah Syria melancarkan serangan darat di pinggir wilayah Ghouta yang dikuasai pemberontak kelmarin, bagi mendapatkan wilayah, walaupun terdapat rancangan gencatan senjata Russia selama lima jam, menurut badan pemantau perang dan sumber pada kedua-dua pihak.
Kira-kira 40 trak penuh dengan bekalan bantuan bagi Ghouta Timur pula tidak dapat bergerak disebabkan pertempuran yang berterusan, kata penolong setiausaha agung bagi ehwal kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Mark Lowcock, kelmarin.