Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Golongan paling miskin tambah 4.7 juta akibat Covid-19

Mar 17, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Pandemik Covid-19 telah menambah 4.7 juta orang lagi ke dalam golongan paling miskin di Asia Tenggara pada 2021, menterbalikkan kemajuan yang dicapai dalam memerangi kemiskinan, kata Bank Pembangunan Asia (ADB), sambil menggesa pemerintah rantau ini mengambil langkah untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi.



Bilangan orang yang berada dalam kemiskinan tegar - ditakrifkan sebagai mereka yang hidup dengan pendapatan kurang A$1.90 ($2.60) sehari - adalah 24.3 juta tahun lalu, atau 3.7 peratus daripada 650 juta penduduk Asia Tenggara, kata ADB dalam satu laporan semalam.



Sebelum pandemik itu, angka kemiskinan tegar di Asia Tenggara telah merosot, dengan 14.9 juta orang pada 2019, turun daripada 18 juta pada 2018 dan 21.2 juta pada 2017.



"Pandemik telah membawa kepada pengangguran meluas, ketidaksamaan yang semakin teruk, dan peningkatan tahap kemiskinan, terutamanya dalam kalangan wanita, pekerja muda dan warga tua di Asia Tenggara," kata Presiden ADB, Encik Masatsugu Asakawa.



Encik Asakawa menggesa pemerintah untuk menambah baik sistem kesihatan, menyelaraskan peraturan untuk meningkatkan daya saing perniagaan, melabur dalam prasarana pintar dan hijau serta menerima pakai teknologi untuk mempercepat pertumbuhan.



ADB menyatakan terdapat 9.3 juta pekerja yang kehilangan pekerjaan di Asia Tenggara pada 2021 sedang sekatan Covid-19 mengurangkan aktiviti ekonomi, menyebabkan jutaan orang kehilangan pekerjaan.



Ramalan pertumbuhan 2021 bagi Asia Tenggara ialah 3 peratus.



Ekonomi rantau itu diramal tumbuh 5.1 peratus tahun ini tetapi varian Omicron Covid-19 boleh mengurangkan ramalan pertumbuhan itu sebanyak 0.8 mata peratusan jika ia merebak lebih luas dan mencetuskan masalah bekalan dan permintaan, kata ADB.



Ketua Pengarah di ADB, Encik Ramesh Subramaniam, berkata unjuran pertumbuhan Asia Tenggara juga akan disemak untuk mencerminkan kesan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, yang dijangka "boleh diurus".



"Cabarannya ialah apa yang boleh dijangka pada tempoh sederhana. Adakah (perang) ini akan menjejas pemulihan rantau ini daripada pandemik dan cabaran fiskal yang akan dihadapinya?" ujar Encik Subramaniam pada pelancaran laporan itu.



"Bagaimana kita boleh memastikan sebarang kesan yang ada tidak menjadi serius dalam kes Asia Tenggara?"



Konflik perang tersebut telah memaksa penggubal dasar Asia untuk memikirkan semula unjuran dan andaian bagi 2022, dengan risiko pertumbuhan yang lemah ditambah pula dengan lonjakan harga menambah kerumitan yang tidak diingini kepada rancangan kewangan sedia ada. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >