Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Gotabaya Rajapaksa masuk S'pura atas lawatan privet dan diberi pas lawatan jangka singkat: ICA

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Gotabaya Rajapaksa masuk S'pura atas lawatan privet dan diberi pas lawatan jangka singkat: ICA

Jul 20, 2022 | 09:01 PM

MANTAN presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, telah memasuki Singapura atas lawatan privet, dan diberi pas lawatan jangka singkat (STVP) semasa kemasukannya itu.

Ini disahkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebagai respons kepada pertanyaan media, hari ini (20 Julai).

Menurut ICA para pelawat dari Sri Lanka yang masuk ke Singapura bagi tujuan lawatan sosial biasanya diberi STVP dengan tempoh selama 30 hari. 

"Mereka yang perlu melanjutkan tempoh tinggal di Singapura mungkin memohon secara dalam talian bagi lanjutan STVP

"Permohonan berdasarkan setiap kes," kata ICA lagi.

Encik Rajapaksa tiba di Singapura pada 14 Julai lalu, bersama isterinya, Cik Ioma, dan dua pegawal peribadi mereka dengan menaiki penerbangan dari Maldives setelah melarikan diri dari negaranya di tengah-tengah bantahan antipemerintah dek krisis politik dan ekonomi yang melanda.

Encik Rajapaksa akhirnya meletakkan jawatan setelah melarikan diri susulan protes besar-besaran berhubung pemerintahannya.

Beliau didakwa gagal menguruskan ekonomi Sri Lanka sehingga memberi kesan teruk terhadap kehidupan 22 juta rakyatnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3