Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GPS bentuk kerajaan negeri Sarawak

Dec 18, 2021 | 09:16 PM



KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baru selepas menang 57 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12).



Mengikut keputusan tidak rasmi setakat 9.15 malam Sabtu (18 Dis), GPS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, menang di 57 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, berbanding pembangkang yang hanya menang tiga kerusi.



Abang Johari yang pertama kali bertanding di kerusi DUN Gedong selepas berpindah dari DUN Satok yang disandangnya sejak sembilan penggal lalu, menang dengan 4,310 undi.



Beliau menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, yang memperoleh 703 undi, calon Parti Amanah Negara, Cikgu Kamal (94 undi) dan calon Parti Bumi Kenyalang, Tomson Ango (157 undi).



Selain itu, GPS turut disahkan menang, antaranya di kerusi Sebuyau, Belaga, Beting Maro, Pelagus, Balai Ringin, Baleh, Balingian, Muara Tuang, Bukit Assek, Stakan, Tanjong Datu, Pantai Damai, Demak Laut dan Bukit Sari.



Calon pembangkang dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian disahkan menang di DUN Ba'kelalan. - BHM, Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >