Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



Greece saran semua rakyat Eropah yang belum atau enggan divaksinasi 'disekat' pergerakan



ATHENS: Perdana Menteri Greece, Encik Kyriakos Mitsotakis, mahu mencadangkan supaya semua rakyat Eropah yang belum menerima atau enggan divaksinasi perlu 'dikurung' bagi mengekang lonjakan kes jangkitan.



Perkara itu dibangkitkan selepas Greece menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) seterusnya melaksanakan lebih banyak sekatan terhadap rakyat yang belum atau enggan divaksinnasi susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu.



Beliau berkata, individu yang belum divaksin dihalang memasuki kawasan tertutup termasuk restoran, pawagam, muzium dan gimnasium walaupun mereka disahkan negatif Covid-19.



Namun, kehadiran ke gereja dibenarkan dengan syarat ujian Covid-19 adalah negatif.



Greece sudah melaksanakan suntikan vaksinasi sebanyak 62 peratus daripada 11 juta penduduk negara itu.



Pihak berkuasa berharap peratusan tersebut dapat mencecah 70 peratus sebelum Eropah memasuki musim sejuk hujung tahun ini. - Reuters.




600,000 kes baru Covid-19 di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam



LONDON: Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 256,484,375, berikutan lebih 600,000 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.



Data terbaru Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 47,588,874 kes. Ini diikuti India dengan 34,489,623 kes dan Brazil 21,989,962 kes.



United Kingdom dan Rusia mencatat lebih 9 juta kes, manakala Turkey lebih 8 juta kes dan Perancis lebih 7 juta.



Argentina, Sepanyol dan Colombia mencatat kes positif Covid-19 melebihi 5 juta.



Bagi Asia Tenggara, Indonesia catat angka tertinggi kes Covid-19 dengan 4,252,705 kes. Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes. Sementara itu, Singapura merekodkan 248,587 kes positif Covid-19.



Angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 5,138,066 kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 769,654 kes.



Ini diikuti Brazil dengan lebih 612,000 kes, India lebih 465,000 kes dan Mexico hampir 292,000 kes. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >