Greece setuju syarat pinjaman EU
Jul 14, 2015 | 05:30 AM
BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) menyetujui perjanjian dengan Greece semalam bagi merundingkan bantuan penyelamat ketiga yang akan memastikan Greece kekal dalam zon euro.
"Sidang kemuncak Euro telah sebulat mencapai persetujuan. Semua bersedia bagi program ESM (penyelamat) bagi Greece dengan pembaharuan yang serius dan sokongan kewangan," kata Presiden Majlis Eropah, Encik Donald Tusk, menerusi Twitter, merujuk kepada dana penyelamat Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM).