Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Guna khidmat penyeludupan dan dokumen perjalanan palsu untuk pulang ke kampung

May 23, 2020 | 03:52 PM



JAKARTA: Warga Indonesia telah beralih kepada khidmat penyeludupan serta menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk membuat perjalanan merentas desa agar dapat pulang sempena Hari Raya Aidilfitri esok (24 Mei). 



Justeru, perkara ini menimbulkan kekhuatiran pihak berkuasa Indonesia yang sedar ini akan menyebabkan kes Covid-19 meningkat pesat di negara yang mempunyai bilangan besar penduduk Islam.



“Ini adalah saat yang genting,” ketua pasukan bertindak menangani Covid-19 di Indonesia, Leftenan Jeneral Doni Monardo.



“Saya khuatir mereka yang ke wilayah lain akan kembali dijangkiti dan semua usaha kita akan sia-sia.”



Setiap tahun, berjuta-juta penduduk Indonesia membanjiri lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan di seluruh negara untuk membuat perjalanan pulang ke kampung mereka.



Oleh kerana bimbang dengan penularan di kalangan orang awam, pemerintah bulan lalu telah menguatkuasakan larangan perjalanan laut dan udara domestik selain mengadakan sekatan jalan untuk menghentikan pergerakan merentas desa.



Ia kemudian melonggarkan peraturan tersebut atas kebimbangan terjadinya keruntuhan ekonomi terbesar di Asia Tenggara, namun pengecualian hanya diberikan kepada mereka yang dapat membuktikan mereka bebas dari dijangkiti virus itu serta mempunyai alasan profesional. 



Indonesia merekodkan kes jangkitan koronavirus tertinggi minggu ini dengan jumlah kematian mencecah 1,326 - yang terbesar di Asia di luar China.



Namun begitu, bilangan jangkitan dan kematian dipercayai lebih tinggi di negara yang mempunyai bilangan penduduk seramai 260 juta orang, di mana jumlah ujian yang dijalankan adalah yang terendah di dunia. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >