Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Guna telefon bimbit, datang lewat antara aduan terhadap pegawai CIQ di M'sia

Jun 19, 2018 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Pegawai yang menggunakan telefon bimbit mereka semasa waktu bekerja adalah antara aduan yang ditekankan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di sini.



Terdapat juga beberapa pegawai yang datang lambat ke tempat kerja mengakibatkan beberapa kaunter di kompleks Bangunan CIQ Sultan Iskandar tidak dibuka tepat pada waktunya.



Ia adalah maklum balas yang telah dikemukakan kepada pengerusi jawatankuasa kerja, infrastruktur dan pengangkutan Johor, Encik Mazlan Bujang.



Bagi mengatasi isu tersebut, jawatankuasa khas telah ditubuhkan termasuk kemungkinan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di semua kaunter imigresen di CIQ.



"Ini adalah tuduhan yang serius terhadap isu disiplin. Kami perlu memperbaiki keadaan di CIQ bagi memastikan kami dapat membantu mengurangkan kesesakan.



"Dan, tidak ada gunanya menyalahkan mana-mana pihak kerana terdapat banyak agensi yang beroperasi di CIQ," kata Encik Mazlan.



Beliau berkata lebih CCTV diperlukan bagi meningkatkan keselamatan dengan segera, sambil menambah bahawa sebanyak RM90 juta ($30.4 juta) telah diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan di CIQ tersebut.



"Kita perlu melihat langkah jangka panjang," katanya, sambil menambah bahawa beliau telah mengadakan lawatan selama dua jam ke CIQ baru-baru ini.



Sebelum ini, The Star melaporkan bahawa dua lintasan tanah negeri dengan Singapura - CIQ Johor Bahru dan CIQ lain di Linkedua - memerlukan pembaikan segera.



Antara isu yang diketengahkan termasuk keperluan mempunyai lebih banyak kakitangan, gantri, bonggol dan CCTV.



Selain Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam juga menghadapi masalah kerana ia tidak mempunyai mesin pengimbasan yang mencukupi di kedua-dua CIQ sehingga menyebabkan kesesakan.



Selain itu, kerosakan mesin pengimbas yang sering berlaku turut menjadi punca kepada kesesakan. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >