Gunung Agung meletus, penduduk mula pindah, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Gunung Agung meletus, penduduk mula pindah

Jul 03, 2018 | 03:00 PM

DENPASAR: Gunung berapi di Bali meletus hari ini, mengeluarkan lahar dan abu beberapa kilometer ke udara dan memaksa penduduk yang panik meninggalkan kediaman masing-masing.

Gunung Agung di timur laut Bali semakin aktif sejak lewat tahun lalu dan Jumaat lalu, lapangan terbang antarabangsa di kepulauan itu ditutup sementara, mengganggu penerbangan dan menyebabkan ribuan pelancong terkandas.

Agensi mitigasi bencana kebangsaan Indonesia berkata, penduduk mendengar letupan kuat dan melihat bongkah terpelanting keluar sejauh kira-kira dua kilometer dari kawah.

Letusan berlanjutan tujuh minit dan gambar yang disiarkan agensi menunjukkan lahar mengalir dari kawah, menyebabkan tumbuhan terbakar.

"Penduduk mula berpindah secara sukarela," kata jurucakap agensi, Sutopo Nughoro, menambah lapangan terbang kekal beroperasi dan tiada perubahan pada status amaran gunung berkenaan.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Kali terakhir Gunung Agung meletus kuat adalah pada 1963, apabila lebih 1,000 maut dan beberapa kampung musnah.

Lapangan terbang di Bali dibuka semula Jumaat lalu selepas abu memaksa penutupan sementara dan pembatalan lebih 300 penerbangan. - Reuters

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map