KARO (Sumatera Barat): Pihak berkuasa Indonesia semalam meneruskan usaha mencari mereka yang masih terperangkap dalam debu setebal 30 sentimeter setelah Gunung Sinabung menyemburkan awan berdebu panas, membunuh sekurangkurangnya 15 orang, kebanyakannya pelancong tempatan termasuk empat pelajar.
Sekitar 170 orang, termasuk askar dan polis, menggunakan mesin gergaji dan peralatan bernafas bertungkus-lumus mencari mangsa yang masih hidup walaupun terlalu tipis di kampung Sukameriah.