Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hadang laluan ke CIQ: Polis Johor saman 100 pemandu bas kilang

Aug 04, 2014 | 05:41 PM



JOHOR BAHRU: Polis mengeluarkan 100 saman kepada pemandu bas kilang yang menghalang lalu lintas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, 1 Ogos lalu berikutan perlaksanaan kadar tol baharu.


Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan, Superitendan Mohd Nadzir Ghulam Kadir, berkata, kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan.


"Mereka ini (pemandu bas kilang) sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.


"Perbuatan ini kemudian menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan yang lain dan orang awam sehingga ada yang terpaksa berjalan kaki ke Singapura," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian terbabit.


Superitendan Mohd Nadzir berkata, polis sentiasa memantau keadaan di kompleks CIQ dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL).


"Para pengguna jalan raya sentiasa diingatkan supaya mematuhi peraturan dan mana-mana yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan kadar baharu tol itu diminta supaya tidak menimbulkan kesulitan sebaliknya berunding dengan pihak yang bertanggungjawab bagi mengatasi masalah itu," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >