Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERUBAHAN POLITIK DI AFGHANISTAN

AS hadapi kesuntukan masa pindahkan penduduk dari Aghanistan

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Amerika Syarikat berdepan kesuntukan masa dan tekanan daripada sekutunya berhubung tempoh pemindahan penduduk dari Afghanistan.



Menerusi persetujuan dengan Taleban, tentera Amerika dan sekutunya perlu meninggalkan negara itu selewat-lewatnya 31 Ogos ini.



Namun, Perancis, United Kingdom (UK) dan Jerman menggesa agar tempoh itu dilanjutkan lagi memandangkan masih ramai rakyat negara asing masih terkandas di Kabul.



Barisan pemimpin kumpulan G7 mengulangi kebimbangan terhadap tarikh akhir pengunduran tentera Amerika dari Afghanistan, seperti diumumkan Presidennya, Joe Biden.



Majlis Eropah berpendapat, tarikh akhir 31 Ogos adalah tidak rasional memandangkan proses evakuasi masih berjalan.



"Saya ingin ulangi bahawa, beberapa pemimpin termasuk Ursula dan saya sendiri, telah menyuarakan kebimbangan berhubung penetapan masa pengunduran 31 Ogos itu dan apa akan terjadi selepas tarikh tersebut.



Kenyataan itu dikeluarkan bersama Presiden Majlis Eropah Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen semasa persidangan maya G7, kelmarin.



"Itu perkara pertama dikemukakan. Dan kami telah mendengar jawapan yang diberikan kepada kami dan saya menjangkakan Presiden Biden akan menjawab soalan media mengenai perkara itu," kata Encik Michel.



Menurut sumber Reuters, Encik Biden dijangka membuat keputusan dalam tempoh 24 jam sama ada untuk melanjutkan tempoh pengunduran tenteranya atau tidak.



Namun, Taleban menegaskan mereka tidak akan membenarkan sebarang lanjutan operasi pemindahan penduduk kerana hal itu akan mencabul persetujuan sebelum ini.



Kumpulan itu juga memberi amaran Amerika dan sekutunya bakal 'tanggung akibat' jika mereka gagal mengikut garis masa yang ditetapkan.



Puluhan ribu penduduk termasuk rakyat asing sudah dibawa keluar dari negara ini, namun situasi di lapangan terbang Kabul masih sesak dengan orang ramai yang mahu melarikan diri.



Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, masa tambahan amat diperlukan bagi memastikan semua pihak dapat dibawa keluar dari Afghanistan dengan selamat.



Menteri Luar Jerman Heiko Maas pula memaklumkan beliau sudah mengadakan perbincangan dengan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Taleban mengenai isu berkenaan.



Perdana Menteri Britain Boris Johnson dijangka mendesak Amerika agar melanjutkan tempoh pemindahan ketika menyertai sidang kemuncak bersama barisan pemimpin negara G7 kelmarin.



UK menegaskan, semua tentera luar di Kabul tidak boleh meneruskan misi pemindahan tanpa pasukan tentera Amerika.



Negara anggota G7 bersetuju dengan satu 'peta dasar' mengenai bagaimana untuk berunding dengan Taleban.



Menurut Encik Johnson, persetujuan itu dicapai selepas satu mesyuarat dengan pemimpin G7 yang lain.



Menurut Rumah Putih, sekitar 50,000 rakyat asing dan penduduk Afghanistan sudah meninggalkan negara itu sejak 14 Ogos lalu.



Negara jiran Afghanistan iaitu Pakistan dan Iran menjadi destinasi utama untuk pelarian negara itu mendapatkan perlindungan.



Hampir 1.5 juta penduduk Afghanistan lari ke Pakistan pada 2020, manakala Iran pula menerima 780,000 pelarian negara ini.



Jerman menjadi negara ketiga paling banyak menerima kemasukan pelarian Afghanistan iaitu lebih 180,000, manakala Turkey pula menerima 130,000 orang.



Indonesia menjadi satu-satunya negara Asia Tenggara yang menerima pelarian Afghanistan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >