Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hadi Awang jadi perantara antara Bersatu, Umno

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



KLANG: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilaporkan sedang berusaha menjadi perantara untuk memperbaiki hubungan antara dua sekutu gabungannya yang berkuasa, Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.



Menurut sumber yang berkaitan dengan parti-parti terbabit, pemimpin dan ahli akar umbi Umno mahu kepimpinan parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu.



"Mereka tidak melihat perlunya melanjutkan hubungan dengan Bersatu lagi kerana parti itu dan Umno tidak dapat bersetuju dalam banyak perkara," kata sumber itu, lapor The Star.



Sumber itu menambah, kepimpinan Umno telah menyuarakan kemungkinan rancangan pemansuhan kerjasama politiknya dengan Bersatu kepada kepimpinan PAS, tetapi Datuk Abdul Hadi mahu kedua-dua parti itu meneruskan kerjasama mereka.



"Beliau tidak mahu ini berlaku kerana berasakan penting bagi semua parti yang berdasarkan orang Melayu untuk terus bersatu," dedah sumber itu.



Sumber itu menyatakan bahawa Datuk Abdul Hadi sedang melakukan perbincangan bagi dilaksanakan 'kedamaian sementara' antara Umno dengan Bersatu agar kedua-dua pihak akan meneruskan kerjasama politik mereka.



Sementara itu, satu sumber lain daripada Umno mengatakan bahawa banyak ketua bahagian parti itu telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka untuk bekerjasama dengan Bersatu.



"Umno adalah satu parti demokratik dan semua pemimpin bahagian, serta ahli, bebas menyuarakan pendapat mereka.



"Namun pada akhirnya, majlis tertinggi parti akan menentukan dan memutuskan apakah sesuai bagi Umno untuk tetap bekerjasama dengan Bersatu," tambahnya.



Sumber ketiga yang ada kaitan dengan Umno mengatakan sebilangan pemimpin parti itu tidak bersependapat antara satu sama lain kerana mereka tidak bersetuju dengan beberapa tindakan politik parti itu.



"Terdapat satu rancangan besar oleh satu segmen Umno untuk membawa masuk semula bekas pemimpin yang dianggap anggota parti lain sebagai telah tercemar.



"Oleh kerana itu, mereka menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kebetulan merupakan presiden Bersatu," kata sumber itu.,



PAS, Umno dan Bersatu telah bergabung tenaga untuk membentuk bersama, dengan beberapa parti lain, kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Mac tahun lalu.



Tetapi ketegangan telah meningkat dalam beberapa bulan terakhir setelah Umno dan Bersatu bertelingkah dalam banyak isu, termasuk bagi pengisian jawatan Kabinet dan pendakwaan mahkamah terhadap beberapa pemimpin Umno.



Ini termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan Tengku Mansor dan presiden Umno sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Kelmarin, Barisan Nasional (BN), satu pakatan yang dipimpin Umno, memecat setiausaha agungnya Tan Sri Annuar Musa, yang berulang kali meminta Umno menjalin hubungan lebih erat dengan kerajaan PN.



Beliau dilihat sebagai mengetuai usaha agar Umno terus bekerjasama dalam kerajaan PN, dan sering dilihat berlainan pendapat dengan Datuk Ahmad Zahid yang telah menegaskan bahawa Umno perlu menamatkan kerjasama itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >