Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hudud di Kelantan

Hadi: DAP langgar janji

Nov 13, 2015 | 09:19 AM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendedahkan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bersama-samanya dalam perikatan pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, yang sebenarnya telah melanggar persetujuan bersama dalam pakatan pembangkang itu.


Beliau berkata, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu sebelum ini telah bersetuju untuk memberikan hak kepada Kerajaan Pas Kelantan bagi melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan.


Persetujuan itu, katanya, telah ditandatangani oleh beliau sendiri bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang.


"Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP. Ikut pandai kamu lah, itu hak kamu, itu maknanya.


"Nak laksana syariat, ini hak Kelantan. Dia setuju dan tanda tangan surat. Saya sign. Datuk Seri Anwar sign (tandatangan). Lepas itu Lim Kit Siang pun sign surat itu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.


"Tiba-tiba sampai masa kemuncak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar dari pakatan pembangkang. (Kita) kata keluarlah, keluar. Kita tegas dengan pandangan kita," katanya.


Datuk Abdul Hadi berkata demikian seperti yang dipetik menerusi gambar yang dimuat naik Timbalan Pengerusi Lajnah Tanah Pas Pulau Pinang, Encik Iszuree Ibrahim di laman Facebook beliau.


Sementara itu, Encik Iszuree yang dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang pada September 2014 berkata, inilah wajah sebenar DAP yang menentang dakwah Islam termasuk di Sarawak.


"Mereka (DAP) menentang dengan memecat wakil Ahli Majlis Pas dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebab kami menentang kedai judi siber, menentang kelulusan lesen kedai-kedai hiburan, disko yang berleluasa di Pulau Pinang, menentang kelulusan kedai-kedai hiburan permainan ala judi.


"Alasan mereka ialah ia menjejaskan pengundi mereka yang me­rupakan 'tauke-tauke' untuk cari makan. Apakah kesannya kepada masalah sosial masyarakat di Pulau Pinang ?".


"Inilah antara punca konflik. Bila Islam ditentang, insya-Allah kami tiada berundur, kecuali mereka yang pengkhianat kepada gerakan Islam," katanya. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >