Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Haji: Saudi hantar mesej kepada jemaah berdaftar

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi akan mula menghantar mesej teks kepada individu lingkungan umur 41 hingga 50 tahun yang sudah mendaftar, bagi tujuan perolehan permit haji tahun ini.



Jumlah jemaah berdaftar kini mencecah 558,270 orang, dengan golongan berusia 41 hingga 50 tahun mencakupi 20 peratus mereka yang dapat kelulusan.



Menurut laporan Arab News semalam, pencalonan elektronik itu akan dibatalkan jika mereka gagal melengkapkan prosedur dalam tempoh ditetapkan.



Laman web Kementerian Haji dan Umrah kemudian akan mencalonkan secara elektronik salah seorang daripada 550,000 individu pradaftar.



Kementerian menetapkan tengah malam Jumaat sebagai tarikh akhir melengkapkan prosedur pendaftaran bagi golongan berumur antara 51 hingga 65 tahun.



Mereka menerima mesej teks meminta memuktamadkan prosedur, selain memilih pakej, menyemak terma dan syarat, serta membuat pembayaran dalam tempoh 10 jam ditetapkan bagi pengeluaran permit haji selepas mereka memenuhi semua syarat.



Dalam pada itu, doktor serta perkhidmatan klinik mini khusus untuk jemaah lelaki dan wanita, turut disediakan.



Garis panduan berkaitan juga akan disediakan, selain tenaga kerja untuk pembersihan, perkhidmatan dan keselamatan di kawasan penginapan jemaah.



Jika ada jemaah haji dikesan positif Covid-19, mereka layak mendapatkan pulangan bayaran penuh, tidak termasuk pindahan bank. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >