Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KES PESAWAT MH17 DITEMBAK JATUH

Hakim Belanda mula dengar penerangan mengenai empat suspek

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



BADHOEVEDORP: Hakim Belanda mula mendengar penerangan terhadap tiga suspek Russia dan seorang suspek warga Ukraine yang terlibat dalam tragedi penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine pada 2014 semalam.



Perbicaraan kes itu bermula secara rasmi Mac tahun lalu namun sejauh ini perbicaraan itu rata-ratanya melibatkan hujah guaman, sama ada penerangan dalam kejadian yang mengorbankan nyawa 298 penumpang dan kru itu boleh dikemukakan di mahkamah.



Empat suspek itu - tiga warga Russia Oleg Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta seorang warga Ukraine Leonid Kharchenko - sedang dibicarakan tanpa kehadiran mereka.



Hanya Pulatov diwakilkan peguam.



Pesawat Boeing 777 terbabit sedang dalam perjalanan dari lapangan terbang Schiphol di Amsterdam ke Kuala Lumpur, Malaysia, apabila ia ditembak sekitar kawasan timur Ukraine yang berada di bawah kawalan pemisah pro-Russia.



Satu siasatan antarabangsa mendapati bahawa satu peluru berpandu BUK yang berasal dari Briged Peluru Berpandu Anti Pesawat Ke-53 tentera Russia yang berpangkalan di bandar Kursk bertanggungjawab bagi kejadian tersebut.



Kesemua empat suspek dituduh memainkan peranan utama dalam kalangan pemisah yang memperjuang bagi Kiev.



Perbicaraan itu berlangsung di sebuah bilik mahkamah yang selamat dekat lapangan terbang Schiphol di Belanda kerana ia tempat pesawat terbabit berlepas menuju ke Kuala Lumpur, dengan 196 mangsa kejadian itu merupakan warga Belanda. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >