DASAR IMIGRESEN PRESIDEN AMERIKA

Hakim Federal AS halang arahan usiran pendatang

WAHINGTON: Seorang hakim Federal di New York telah menghalang arahan usiran ke atas pendatang Muslim dari tujuh negara, yang mempunyai visa sah untuk memasuki Amerika Syarikat, menyusuli arahan Presiden Donald Trump menyekat kemasukan pendatang dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Hakim Ann Donnely daripada Mahkamah Daerah di Brooklyn kelmarin meluluskan permintaan daripada Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika untuk menghentikan arahan usiran selepas mendapati ada risiko jika mereka yang ditahan dihantar pulang.

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.