SEOUL: Korea Selatan berkata sekurang-kurangnya empat penumpang terbunuh dan sekitar 290 yang lain masih hilang selepas feri yang membawa 477 penumpang, termasuk 325 penuntut kolej, karam di perairan negara itu semalam.
Pihak berkuasa Korea Selatan telah mengerahkan berpuluh bot, helikopter dan anggota penyelam di perairan dekat pulau peranginan Jeju.