Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hampir dibaham panda gara-gara nak tarik hati wanita

Oct 31, 2016 | 10:58 AM



JIANGXI: Gara-gara hendak menarik hati dua kawan wanitanya semasa satu lawatan ke taman haiwan, seorang lelaki China memanjat masuk ke dalam kandang beruang panda, lapor akhbar South China Morning Post.



Akibatnya, lelaki 20-an tahun yang tidak dinamakan itu ditarik haiwan tersebut, yang menjatuhkannya dan enggan melepaskannya.



Nasib baik lelaki itu dapat melarikan diri tanpa sembarang kecederaan, tetapi seluarnya corak-carik dalam kejadian di Taman Haiwan Nanchang, di Nanchang, wilayah Jiangxi, pada Khamis (27 Okt).



Kejadian itu dirakam dalam video dan disiarkan dalam talian oleh pelancong lain, lapor televisyen Jiangxi.



Pengurus taman haiwan itu berkata lelaki tersebut bernasib baik kerana Mei Ling, panda elaki berusia 12 tahun seberat 120kg itu, bersikap baik ketika itu, jika tidak beliau mungkin cedera parah.



Panda kelihatan comel dan malu-malu, tetapi mereka boleh menjadi berbahaya jika gelisah dan menyebabkan kecederaan serius dengan rahang dan kuku yang tajam, kata pengurus itu.



Lelaki tersebut melompat pagar setinggi 1.3 meter dan parit tiga meter dalam untuk memasuki kandang panda itu, menurut laporan.



Haiwan itu kelihatan tidur pada mulanya tetapi apabila lelaki itu melangkah lebih dekat dan cuba menyentuh kepalanya, ia melompat dengan pantas dan menyambar kakinya dan menjatuhkan beliau ke tanah.



Panda itu kemudian bergelut dengan lelaki berkenaan, yang dengan penuh ketakutan cuba melepaskan diri.



Selepas kira-kira satu minit, panda itu longgar cengkamannya dan lelaki tersebut dapat melarikan diri.



Menurut taman haiwan itu, lelaki tersebut meninggalkan taman itu tanpa memaklumkan mereka mengenai kejadian itu.



Kakitangan taman haiwan tidak menemui sebarang kesan darah dalam kandang dan pemeriksaan perubatan mengesahkan Mei Ling tidak dianiayai semasa kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >