Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS hantar 4 kapal perang ke timur Taiwan di tengah-tengah aktiviti ketenteraan rentas selat jelang jangkaan lawatan Pelosi

Aug 02, 2022 | 10:02 PM



HONG KONG: Sedang Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi menuju ke Taipei pada hari Selasa (2 Ogos) di tengah-tengah amaran yang semakin meningkat dari China, empat kapal perang AS, termasuk sebuah kapal induk, ditempatkan di perairan timur pulau itu sebagai kerahan "rutin".



Kapal induk USS Ronald Reagan telah transit di Laut China Selatan dan kini berada di Laut Filipina, timur Taiwan dan Filipina serta selatan Jepun, menurut pengesahan seorang pegawai Tentera Laut AS.



Reagan yang berpangkalan di Jepun beroperasi dengan kapal penjelajah peluru berpandu, USS Antietam, dan pemusnah, USS Higgins.



"Walaupun mereka dapat bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan, ini adalah kerahan biasa dan rutin," kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.



Pegawai Tentera Laut AS berkata kapal serangan amfibia USS Tripoli juga berada di kawasan itu sebagai sebahagian daripada kerahan ke wilayah itu yang bermula pada awal Mei dari pelabuhan asalnya di San Diego.



Pelosi, yang sudah lama mengkritik China, dijangka tiba di Taipei lewat pada Selasa, kata orang yang tahu tentang situasi itu, sambil menambah bahawa AS tidak gentar dengan amaran yang diberikan China berkaitan lawatan tersebut.



Pengesahan kerahan itu dibuat apabila tanda-tanda aktiviti ketenteraan muncul di kedua-dua belah selat Taiwan menjelang lawatan Pelosi.



Selain pesawat China yang terbang berhampiran garis tengah yang membahagikan laluan air itu pagi tadi, beberapa kapal perang China juga kelihatan berada dekat dengan garis pemisah tidak rasmi sejak Isnin.



Sementara itu Kementerian Pertahanan Taiwan berkata bahawa mereka mengetahui sepenuhnya aktiviti ketenteraan berhampiran Taiwan dan akan menghantar pasukan dengan sewajarnya sebagai reaksi kepada "ancaman musuh" sedang ketegangan dengan China meningkat. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >