KUALA LUMPUR: Hanya 16 warga asing dibenarkan masuk ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan sejak kerajaan membuka semula sektor pelancongan perubatan bulan lalu, kata Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).
Ketua Eksekutif majlis itu, Cik Sherene Azli, kelmarin berkata 250 warga asing telah membuat "pertanyaan serius" tentang mendapatkan rawatan di negara itu, tetapi kurang 10 peratus jumlah itu dibenarkan kerana protokol penjagaan kesihatan ketat di tengah-tengah wabak koronavirus Covid-19.