Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga minyak naik sedang AS haram import minyak Russia

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



BENGALURU: Harga minyak berada sekitar empat peratus lebih tinggi kelmarin sedang Amerika Syarikat (AS) mengharamkan import minyak Russia dan Britain berkata ia akan menghentikan sepenuhnya secara bertahap menjelang hujung tahun ini.



Keputusan itu dijangka menjejas pasaran tenaga global di mana Russia merupakan pengksport minyak mentah kedua terbesar.



Harga minyak melonjak lebih 30 peratus sejak Russia mula melancarkan serangan ke atas Ukraine.



AS dan beberapa buah negara lain pula menguatkuasakan rangkaian sekatan terhadap Russia.



Eksport minyak dan gas Russia sudah mula dipulaukan sebelum sekatan dikenakan apabila kebanyakan pedagang mengelak daripada terjebak dengan langkah-langkah sekatan.



Presiden AS, Encik Joe Biden, mengumumkan pengharaman import minyak dan lain-lain bahan tenaga Russia.



Britain berkata ia akan menghentikan import minyak dan produk dari minyak Russia menjelang hujung tahun ini untuk memberi cukup masa bagi pasaran dan peniaga membuat penyesuaian mencari alternatif.



Harga pasaran hadapan minyak Brent berada pada paras AS$127.98 ($174.39) setong, iaitu 3.9 peratus lebih tinggi, sementara harga minyak mentah di pasaran hadapan AS pula berada di paras AS$123.70 setong, kenaikan sebanyak 3.60 peratus.



Russia mengangkut minyak dan minyak mentah sebanyak tujuh juta hingga 8 juta tong sehari untuk pasaran global.



AS mengimport minyak dari Russia dalam jumlah yang kecil "tetapi pengharaman ini merupakan kehilangan satu lagi sumber bekalan,"kata Encik Matt Smith, seorang penganalisis minyak di Kpler.



"Ini satu lagi gejala yang menyebabkan harga minyak menjadi lebih tinggi," ujar Encik Smith.



Pengharaman bekalan minyak ini boleh mengakibatkan harga minyak global mencapai AS$200 setong, kata seorang lagi penganalisis dari firma Rystad Energy yang berpangkalan di Oslo.



Sebelum AS mengumumkan pengharaman ini, Goldman Sachs telah menaikkan unjuran harga minyak Brent bagi tahun 2022 kepada AS$135 daripada AS $98 dan bagi tahun 2023 pula pada paras $115 setong daripada $105.



Unjuran itu dibuat berdasarkan kepada perhatian yang ekonomi dunia akan menghadapi "krisis bekalan tenaga terbesar" gara-gara tindakan Russia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >