KORONAVIRUS
Harga minyak terus jatuh sedang Covid-19 menekan ekonomi
Kejatuhan permintaan disebab langkah bendung virus diburukkan pembanjiran bekalan dek tindakan Saudi, Russia tingkat pengeluaran
Mar 17, 2020 | 05:30 AM
SYDNEY: Keruntuhan harga minyak berterusan dalam perdagangan awal Asia semalam sedang pelabur menimbang langkah-langkah yang diambil pemerintah dan bank pusat serata dunia untuk membantu merancakkan ekonomi sejagat terhadap kejatuhan permintaan ekoran koronavirus Covid-19.
Dagangan hadapan di London jatuh 6 peratus selepas menjunam sebanyak satu perempat minggu lepas - kejatuhan mingguan terbesar pasaran minyak sejak 2008.