Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Harga siling ayam, telur di M'sia mantapkan keadaan

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ramai yang setuju, ada juga yang merungut, dengan penetapan harga siling ayam RM9.40 ($2.97 sekilogram), sementara harga telur naik dua sen bagi setiap gred berkuat kuasa semalam.



Walaupun berlaku kenaikan harga siling pada kedua-dua bahan berkenaan, ramai yang menganggap ia masih dalam kadar yang tidak memberi kesan besar kepada pengguna berbanding jika harga barangan itu diapungkan.



Penetapan harga siling ayam dan telur oleh kerajaan Malaysia dibuat bagi memberi situasi 'menang-menang' kepada semua pihak, khususnya penternak dan pengguna, dengan mengambil kira keadaan ekonomi yang belum stabil.



Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Encik NV Subbarow, berkata harga siling ayam standard yang ditetapkan dilihat sangat tinggi untuk golongan berpendapatan rendah (B40).



Katanya harga tersebut akan membebankan golongan tersebut berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.



Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Encik Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata peningkatan harga siling ayam dan telur dapat membantu penternak menampung kos penternakan dan menjamin hak pembeli supaya tidak terbeban dengan harga tinggi.



Sebelum ini harga ayam di pasaran dijangka meningkat sehingga RM11 sekilogram jika kerajaan tidak mengambil langkah campur tangan menetapkan harga siling bagi membantu pengguna dalam kenaikan barangan itu.



Semalam, kerajaan memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam tetapi meneruskan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.



Harga siling runcit telur ayam bagi gred A ditetapkan pada RM0.45 sebiji; gred B (RM0.43/biji) dan gred C (RM0.41/biji).



Sebelum ini, harga maksimum runcit ayam dan telur di Semenanjung bagi ayam bulat standard adalah RM8.90 satu kg dan ayam bulat 'super' (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram



Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia berdasarkan tinjauan situasi harga ayam di pasaran termasuk di negara-negara sekitar yang mendorong kerajaan membuat penegasan untuk mengawal harga ayam pada kadar RM9.40 sekilogram dengan tambahan peruntukan subsidi berjumlah RM369.5 juta bagi penetapan harga siling baharu.



Penubuhan Pasukan Khas Jihad itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi merangka strategi serta menyelaras tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih cekap dan berkesan.



Kerajaan melaksanakan penetapan harga siling ayam dan telur bagi membolehkan rakyat membeli sumber makanan penting itu di bawah harga sebenar, sekali gus mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup mereka, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.



Warga Malaysia kini berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga input makanan dan inflasi namun kerajaan komited mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rakyat tidak terbeban.



Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata kenaikan harga siling itu hanya bersifat sementara sehingga bekalan dan ekonomi masyarakat kembali stabil.



"Bagi pihak penternak, mungkin ada yang berasa sedikit kecewa kerana keuntungan diperoleh tidak terlalu tinggi tetapi ia (harga siling) tidak akan kekal selama-lamanya,'' katanya.



Golongan penternak semalam mohon kerajaan pertimbang semula untuk mengapungkan harga ayam dalam usaha untuk mengurangkan beban kerajaan dan pengguna. Pengerusi Persatuan Penternak Selangor, Encik Idrus Zainal Abidin, berpendapat bahawa langkah itu mampu mengurangkan harga ayam berikutan saingan dalam pemain industri berkenaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >