WASHINGTON: Pada keseluruhannya kerugian dan kemusnahan ekonomi yang berpunca daripada Taufan Harvey boleh mencecah antara AS$30 bilion ($40.7 bilion) dengan AS$100 bilion ($135 bilion), menurut anggaran awal.
Menurut agensi berita Reuters, sekurang-kurangnya AS$23 bilion ($31.22) harta benda terjejas akibat Taufan Harvey di hanya beberapa wilayah di Harris dan Galveston, Texas, berdasarkan imej satelit dan perangkaan hartanah.