TEHERAN: Majlis Pelindung Iran mengumumkan semalam bahawa pilihan raya presiden tahun depan akan diadakan pada 19 Mei dengan Presiden Hassan Rouhani dijangka bertanding bagi tempoh kedua.
Encik Rouhani, yang menyaksikan perjanjian dengan pemimpin dunia bagi mengakhiri sekatan sebagai gantian menyekat program nuklear Iran, menghadapi tekanan meningkat daripada golongan konservatif yang mahu mengurangkan pemulihan hubungan baik dengan pihak Barat.