Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hasut serangan pengganas: Ulama radikal Indo dijatuhi hukuman mati

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



JAKARTA: Seorang ulama radikal Indonesia, Aman Abdurrahman, dijatuhi hukuman mati semalam bagi peranannya menghasut orang lain supaya melakukan serangan pengganas.



Panel lima hakim memutuskan bahawa Aman, 46 tahun, merancang dan menghasut orang lain supaya melakukan tindakan pengganasan di Indonesia, lapor akhbar The Straits Times dalam talian.



"Terdakwa sama ada bertemu pengikutnya secara bersemuka atau menyebarkan tulisannya secara luas di Internet, klip MP3 serta panggilan audio langsung," kata hakim Akhmad Jaini di mahkamah.



Panel itu memetik pandangan pakar pada perbicaraan bahawa serangan pengganasan adalah sebahagian daripada satu set tindakan yang termasuk memikirkan dan merancang serangan itu dan bahawa setiap orang yang terlibat mesti bertanggungjawab.



Pendakwa memohon hukuman mati dikenakana ke atas Aman, yang didakwa menghasut pelbagai serangan pengganasan, satu serangan senjata api dan bom bunuh diri di Jakarta pada 2016 yang menyebabkan empat orang maut.



Serangan pada 2016 itu adalah yang pertama didakwa oleh kumpulan militan ISIS dilakukannya di Asia Tenggara.



Aman adalah pemimpin rohani rangkaian pelampau tempatan Jamaah Ansharut Daulah (JAD), dan dianggap sebagai ketua de facto semua penyokong ISIS di Indonesia.



Pihak berkuasa mengatakan JAD dalang serangan 2016 dan gelombang pengeboman bunuh diri di Surabaya, bandar kedua terbesar Indonesia, bulan lepas.



Serangan pengganasan lain yang dikatakan oleh pihak pendakwa diilhamkan oleh Aman berlaku pada 2016 dan 2017 - pengeboman bunuh diri Kampung Melayu, pengeboman gereja di Samarinda, serangan pos polis di Medan, dan tembakan polis di Bima.



Walaupun beberapa pelaku pelbagai serangan itu tidak pernah bertemu Aman, mereka membaca pandangannya dalam talian dan terdorong melancarkan serangan pengganasan, kata pendakwa.



Peguam Aman, Encik Amandin Hatjani, berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya apakah akan merayu keputusan itu.



Keselamatan ketat dengan polis bersenjata menjaga bilik mahkamah dan kawasan rumah mahkamah semasa perbicaraan semalam.



Kamera dan peranti telekomunikasi tidak dibenarkan semasa perbicaraan bagi mematuhi arahan baru-baru ini daripada agensi penyiaran Indonesia yang melahirkan kebimbangan mengenai perbicaraan pengganas dilaporkan secara langsung dan digunakan oleh beberapa pihak bagi menyebarkan ideologi ganas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >