WASHINGTON: Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii (Hema) meletak jawatan dan seorang pegawai yang mempunyai rekod 'prestasi buruk' dipecat selepas mencetuskan panik dengan memberi amaran palsu peluru berpandu menuju ke kepulauan Pasifik itu.

Hawaii yang berwaspada berhubung ancaman Korea Utara, dikejutkan dengan amaran itu, yang dihantar menerusi telefon bimbit kepada penduduk dan pelancong dan tidak dibetulkan sehingga hampir 40 minit.