Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PENYEBARAN VIDEO SEKS SEJENIS

Haziq Aziz dipecat sebagai setiausaha sulit

Jun 22, 2019 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku beliau lelaki dalam video seks sejenis yang dikaitkan dengan menteri Malaysia, telah dipecat daripada jawatannya.



Beliau bertugas sebagai setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.



Kementerian itu dalam kenyataan kelmarin berkata bahawa pemecatan Encik Haziq berkuat kuasa 18 Jun lalu, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.



"Pihak kementerian memandang perkara ini sebagai pelanggaran nilai, etika dan Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.



"Sehubungan itu, kementerian mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau yang berkuat kuasa pada 18 Jun 2019," katanya.



Skandal video itu tercetus pada 12 Jun lalu, dengan pengakuan Encik Haziq, pemimpin sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Angkatan Muda Keadilan (AMK). Beliau juga menuduh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Mohamed Azmin Ali, sebagai lelaki seorang lagi dalam video tersebut.



Namun, menteri itu menafikan dakwaan tersebut dan berkata itu sebahagian rancangan 'jahat' oleh 'orang dalam' parti bagi menghancurkan kerjaya politiknya.



Encik Haziq dalam wawancara bersama akhbar The Sun Daily sebelum ini menafikan beliau ada kaitan dengan puak tertentu dalam PKR yang cuba menjatuhkan Datuk Azmin. Beliau juga menafikan diupah sejumlah besar wang untuk membuat pengakuan awam itu.



"Kenapa saya mahu membuang kerjaya untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek?" katanya.



Ketua AMK Santubong itu juga dikemukakan surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak harus diambil terhadapnya oleh PKR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >